Header Ads

(5 Gambar) Netizen tergamam lihat fesyen terbaru Intan Najuwa, sebijik macam pakai tuala mandi

 


Perkongsian foto terkini pelakon bertubuh kecil molek Intan Najuwa dalam Instagram miliknya menarik perhatian netizen yang tertarik dengan fesyen skirt pendek yang digayakannya apabila dikatakan tidak ubah seperti tuala mandi.


Menerusi hantaran tersebut, Intan Najuwa atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, berkongsi beberapa keping foto menggayakan skirt potongan pendek paras paha dengan corak ‘plaid’ atau kotak-kotak.







“Keluar kejap. ‘Saturdate’,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.


Bagaimanapun, skirt yang digayakan pelakon drama Semua Salahku itu telah menarik perhatian netizen bukan sahaja kerana dianggap terlalu singkat, malah Intan juga dikatakan seolah-olah memakai tuala mandi yang dijadikan skirt kerana coraknya.


“Skirt itu macam pakai towel (tuala mandi),” komen seorang netizen.


Bahkan ada juga netizen berpendapat corak skirt tersebut mirip seperti kain pelikat yang selalu dipakai oleh kaum lelaki selain berpandangan skirt yang digayakan Intan kelihatan sudah rosak (koyak).


“Macam zip skirt dah rosak. Hampir terlondeh, tarik dan ikat, jadi style (gaya),” kata seorang pengguna Instagram.


Walaupun ramai yang memuji fesyen yang digayakan pelakon itu kelihatan cantik, namun tidak kurang juga segelintir netizen mengecam penampilan Intan yang dikatakan agak seksi dan keterlaluan.


“Ya Allah kenapalah artis degil sangat. Lagi kita tegur, lagi dia buat. Tak takut dosa ke? Kesian ayah dia. Sedih tengok artis sekarang,” tegur seorang netizen.


Terdahulu, Intan sebelum ini pernah beberapa kali ditegur malah dikecam netizen kerana berani tampil dengan imej seksi dikhalayak umum.


Pada Ramadan lalu, Intan ada memuat naik sebuah video dalam Instagram memaparkan dia memakai baju menampakkan sedikit bahagian perut.


Pada mata netizen, baju tersebut tidak sesuai dipakai, terutama pada bulan Ramadan yang mulia.


“Perut tu awak, bulan puasa ini tutuplah sikit,” tegur pengikut Instagramnya.


Malah, Intan dilihat semakin berani ‘membuat tayangan umum’ sebahagian perutnya menerusi beberapa keping gambar dalam akaun Instagram miliknya sebelum ini. 


Sumber : – Kosmo! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.