Bengkak kaki, keluarga syak Ustaz Kazim Elias disihir individu tidak berpuas hati

encik gotenks
0

 


Penafian : Gambar disebelah kanan hanyalah sekadar hiasan

Keluarga Datuk Mohd. Kazim Elias tidak menolak kemungkinan kesakitan bengkak kaki kiri yang dialami oleh pendakwah terkenal itu sejak dua minggu lalu akibat perbuatan sihir.


Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd. Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki kiri sehingga menyukarkan pendakwah itu untuk berjalan seperti biasa.


Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan sakit itu akibat perubatan sihir setelah pakar perubatan di hospital tidak dapat mengesan punca sebenar penyakit adiknya itu.


“Selain itu, beliau (Ustaz Kazim) ada menunjukkan beberapa penemuan barang meragukan seperti abu dan gambar beliau yang telah dibakar di dalam Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi di sini.


“Kami tidak menolak kemungkinan barang yang ditemui itu mempunyai unsur (mistik) berdasarkan sakit yang beliau alami,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.



Menurutnya, selain dari perubatan moden, mereka juga melakukan perubatan Islam untuk merawat penyakit Mohd. Kazim.


“Selepas menerima rawatan perubatan Islam, bengkak pada kakinya semakin pulih namun kini bahagian betis kirinya pula membengkak,” katanya.


Menurutnya, keadaan Mohd. Kazim masih lemah dan tidak boleh berjalan.


Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan Mohd. Kazim mengehadkan sesi ceramah dan kuliah agama namun sesi yang sama secara atas talian tetap diteruskan.


Menurutnya, beliau sedih dan kecewa kerana pada zaman moden ini masih ada orang tergamak melakukan perbuatan sedemikian.

Gambar hiasan


Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang melakukannya supaya bertaubat.


“Kami tidak menyesaki sesiapa namun sekiranya ada mana-mana individu yang tidak berpuas hati, eloklah datang berbincang dengan cara baik, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.


Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis, Ustaz Kazim menunjukkan gambar kotak berisi abu yang terdapat gambarnya yang telah dibakar, dijumpai di laluan tempatnya mengajar di Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi.


Mohd. Kazim turut berkongsi keadaannya dirinya yang tidak dapat berjalan disebabkan bengkak kaki dan terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuk berjalan selain menggunakan kerusi roda. 


Sumber : -UTUSAN ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top