Abang askar jiIat tangan pekerja wanita kedai vape dicari polis

encik gotenks
0

 


Pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini, trauma selepas menjadi mngsa cabuuI lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari semalam.


Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, wanita berusia 18 tahun didatangi lelaki itu yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selepas itu, lelaki tersebut masuk semula ke dalam kedai dan beritahu pod vape dibelinya tidak berfungsi.



Beliau berkata, wanita itu kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baru.


"Wanita tersebut menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, lelaki itu mengambil kesempatan memegang tangannya serta turut menjiIat tangan pekerja kedai itu.


"Selepas wanita tersebut beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu terus melepaskan tangannya dan beredar dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, malam ini.



Mohamad Farouk berkata, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan lelaki tersebut sedang giat dijalankan.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sesyen 354 Kanun Kesekksaan iaitu cabuuI.


Menurutnya, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top