Firdaus Wong lapor polis nafi dia daIang sebar gambar dan video tidak senonoh

encik gotenks
0

 


Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis berhubung fiitnah yang disebarkan mendakwa dia menyebar gambar dan video melalui aplikasi Telegram.


Menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, dia menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.


Malah, dia turut menjelaskan bahawa dia hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar tidak bermoraI.



“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fiitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar tidak bermoraI. Saya menafikan fiitnah tersebut!.


“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini ‘https://t.me/brofirdauswong’ dan menafikan sebarang fiitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar tidak bermoraI,” katanya dalam Facebook hari ini.


Dalam pada itu, Firdaus berkata, dia turut memaafkan sesiapa sahaja yang pernah memaaki-hamun, menyiindir, mengeejek atau menghinanya namun beliau tidak akan berdiam diri jika difiitnah.



“Saya akan memaafkan mereka yang memaaki-hamun, menyiindir, mengeejek atau menghiina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difiitnah.


“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fiitnah tersebut,” ujarnya.


Sumber : - UTUSAN ONLINE


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top