Netizen bimbang selepas Caprice dikejarkan ke hospital, ingatkan sakit jantung rupa-rupanya...

encik gotenks
0

 


“Saya ingatkan kena seraangan jantung. Seluruh bahagian kanan badan saya rasa kebas.”


Itu penjelasan aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, semasa berdepan detik dan terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan ibu negara hari ini.


Kata pelantun lagu Takde Hal Bro itu, doktor memberitahu dirinya mengalami tanda awal penyakiit hyperthyroidism iaitu kelenjar tiroid terlalu aktif yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan membuatkan metabolisme tubuh meningkat.


“Saya bangun tidur pagi ini dengan saakit dada yang teruk. Sakiitnya berbeza daripada apa yang saya alami di Jordan dan di KL (Kuala Lumpur) sebelum ini.



“Saya panik dan terus menghubungi ambulan dan perasan saya tak boleh bercakap dengan betul. Alhamdulillah, mereka (pasukan perubatan) datang tepat pada waktunya.


“Selepas buat ujian darah dan buat beberapa imbasan, saya diberitahu ada tanda-tanda ‘hyperthyroid’. Kalian boleh buat carian Google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut tentangnya,” kata Caprice menerusi beberapa muat naik video dalam Instastory.


Caprice berharap, masalah kesihatan yang dihadapinya itu dapat diselesaikan dengan hanya mengambil ubat-ubatan tanpa perlu melalui rawatan yang lebih serius iaitu pembdahan.


“Tak boleh lama di sini (hospital), itu yang pasti sebab saya banyak kerja nak buat. Patutlah selama ini saya susah nak tidur, selalu resah dan sesak nafas.


“Saya harap semua ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan janganlah sampai opsyen lain (awatan Radi0terapi dan pembdahan),” katanya seraya berkongsi tangkap informasi masalah kesihatan yang dialaminya.



Ogos tahun ini, Caprice pernah dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di Jordan gara-gara mengalami dmam dan serngan panik selepas menerima suntiikan dos kedua vaksin.


Pada April 2020, pengasas aplikasi pendidikan Classruum itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Ampang akibat sakiit dada dan sesak nafas.


Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami masalah asid perut berlebihan atau RefIuks Gastr0esofagus (Gerd).


Sumber : – K! ONLINE


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top