Baru-baru ini pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini ada memuat naik satu hantaran di media sosialnya meluahkan rasa bengang dengan sikap penghantar makan yang melakukan kerja sambil lewa.
Menurut Rita, dia ada memesan makanan namun ia ditelakkan di tempat panas dan terdedah. Lebih membuatkan Rita geram, makanan itu ditelakkan atas tempat pembuangan sampah.
“Benda makan..rezeki..letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh. Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri. Makanan diletakkan atas tempat pembuangan sampah pula tu,” tulisnya.
Bagaimanapun, dalam entri tersebut Rita mengatakan dia tidak menuduh semua kerana ada penghantar makanan yang sangat bertanggungjawab.
“Saya bukan cakap semua, ada setengah hormat dengan makanan, letak depan pintu dan ditempat tertutup, siap dengan lapik lagi,” katanya.
Sumber : ROTIKAYA