Pasti ramai netizen terutamanya peminat kepada selebriti terkenal negara, Mira Filzah yang sudah agak lama tidak berkongsikan perkembangan semasanya di media sosial.
Baru-baru ini Mira ada memuat naik satu video di instagramnya memaparkan wajahnya yang ditransformasi sebelum dan selepas disolek.
Menerusi video berkenaan, Mira dilihat agak pucat tanpa sebarang mekap namun berubah cantik menawan selepas disolek.
Namun perkongsian selebriti cantik itu telah menarik perhatian netizen kerana wajahnya dilihat kurang bermaya dan dia seperti semakin kurus dan cengkung.
Namun, majoriti komen netizen memuji kecantikan semulajadi pelakon dan pengacara terkenal itu meskipun tanpa sebarang kesan solekan.
Ada juga segelintir peminat tertanya-tanya adakah Mira tidak sihat serta mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon kesayangan mereka.
Sumber : ROTIKAYA