Baru-baru ini PU Syed ada memberikan teguran secara terbuka kepada Kak KM. Susulan teguran itu, Kak KM meluahkan rasa berang apabila pendakwah tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya serta mengatakan perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa serta rezeki dimiliki tidak berkat.
Tampil menjawab kenyataan balas Kak KM terhadap tegurannya, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri berkata dia memberi teguran secara terbuka kerana dosa dibuat juga secara terbuka.
“Ambe tegur dia kata mengaibkan dia, dah selama ni dia dok mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tak? Siapa yang mengaibkan siapa. Ambe menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkan dosa secara terbuka,” tulisnya.
Kata PU Syed lagi, dia tidak memerlukan penghormatan daripada usahawan itu. Cukuplah Allah SWT menyaksikan bahawa antara salah dan benar itu adalah nyata.
"Ambe tak perlukan penghormatan dari dia.. Cukuplah Allah menyaksikan bahawa antara benar dan salah itu NYATA! Nak sangat jadi perhatian manusia.. bak kata Diva AA dlm lahjah pantai timur 'eh mu ngaji ke dop?"
Dalam pada itu, PU Syed berkata jika Kak KM tersinggung dengan tergurannya, itu bermakna masih ada iman di dalam dirinya.
“Bila dia sentap dengan teguran ambe..itu tanda masih ada iman dlm diri..berubahlah..kerana nyawa ni bukan dalam kawalan kita..sekejap je Allah boleh tarik,” tulisnya.
Sumber : ROTIKAYA