Header Ads

Saya Tak Akan Bahagia Berada Dalam Keluarga DSV, kata Iqbal Sulkefli

 


Ahmad Iqbal Zulkefli baru-baru ini membuat pengakuan ketika ditemuramah mStar Online bahawa dia kini Sudah tawar hati dan memilih untuk tidak meneruskan rancangan untuk berkahwin dengan Vida pada hujung tahun ini serta akan membawa diri buat sementara waktu.


“Tak jadilah, saya dah tekad… saya akan bawa diri sekejap sementara untuk alihkan pemerhatian saya di sini.



“Saya tak nak berfikir lagi, jadi saya bagitahu secara jelas pada Datuk Seri Vida perkahwinan kita tidak jadi sebab saya tak akan bahagian berada dalam keluarga dia,” katanya.


Mengulas mengenai perkongsiannya sudah pun membatalkan dewan hotel, Iqbal mengakui dia ada melihat beberapa hotel serta sudah bersedia untuk melamar Vida, namun tidak kesampaian.


“Betul, saya ada survey ke beberapa hotel, antaranya Grand Hyatt. Saya pergi tanpa perbincangan dengan Vida. Saya ada beli satu benda yang agak bernilai untuk melamar Vida, cuma tak kesampaian,” katanya.



Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.


Malah,  kenyataan Iqbal menjadi bualan ramai mengatakan Vida merupakan wanita pertama yang disentuh dan wanita terakhir.


Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.