Header Ads

Pengakuan agama Saif Ali Khan cetus kontroversi dikalangan peminat

 


Pelakon terkenal Bollywood dan suami kepada Kareena Kapor, Saif Ali Khan, baru-baru ini mencuri tumpuan umum gara-gara kenyataannya memilih fahaman agnostik lantaran tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.


Kenyataan itu sekaligus mencetuskan kontroversi kerana sebagaimana semua orang tahu, Saif sejak lahir merupakan seorang Muslim.


Menurut Saif, apa yang menyebabkan dia memilih fahaman agnostik kerana baginya, agama seringkali dijadikan senjata dalam mencari kebenaran tertentu sehingga adakalanya mampu membuatkan hubungan seseorang itu berantakan dengan disulami kebimbangan.



“Saya agnostik. Saya sangat sekular dalam erti kata lain, saya fikir, terlalu banyak agama yang ada membuatkan saya jadi khuatir. Ini kerana mereka menekankan pada kehidupan setelah kematian.


“Saya rasa ini bukan tentang kehidupan setelah kematian sahaja yang perlu kita tekankan. Kenapa terlalu merumitkan? Kenapa tidak saling memahami, hidup saat kita di dunia ini?”katanya.


Selain itu, kata Saif, dia juga merasakan banyak agama yang ada di dunia ini seolah-olah terangkum rumit.


“Malah, dijadikan akomodasi untuk sesebuah organisasi. Terlalu banyak masalah yang pada dasarnya terkait dengan Tuhan saya, atau Tuhanmu atau Tuhan siapa yang lebih baik,”katanya kepada Indian Express.



Sebelum ini, pada satu upacara keagaman Hindu sekitar bulan lalu, Saif telah dikecam kerana dilihat melakukan ritual Hindu,


Perkara itu juga mendapat perhatian ramai dengan terdapat sesetengah netizen yang memprotes sambil mengingatkan bahawa dia merupakan seorang Muslim.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Powered by Blogger.