Setiap kali buat live mesti rasa panas, nak muntah dan pitam, DS Vida syak terkena buatan orang?

encik gotenks
0

 


Bulan September boleh dikatakn hampir setiap hari kita akan terlihat gossip berkenaan Datuk Vida dan bekas pembantunya Iqbal Zulkefli yang dikatakan akan melangsungkan perkahwinan. Namun perancangan itu nampaknya samar apabila dikatakan Iqbal Zulkefli sudah tawar hati untuk meneruskan lagi perhubungan mereka berdua kerana mendapat halangan.


Namun kali ini bukan ingin menceritakan tentang gosip cinta pasangan merpati dua sejoli ini. Baru-baru ini DS Vida ada berkongsikan di media sosialnya yang dia akan berasa panas badan dan ingin pitam serta nak termuntah ketika mengadakan sesi siaran langsung di instagramnya.


Menerusi laporan dari portal hiburan Beautifulnara, Usahawan kosmetik terkenal berstatus jutawan itu merasakan bahawa dia telah mendapat ‘gangguan’ benda yang tidak diingini seperti ilmu hitam.



Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?


Saya terkena apa-apa ke? Gangguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas..Saya mohon doakan saya kembali sihat.


Dalam pada itu, DS Vida difahamkan turut menjemput beberapa individu ke rumahnya untuk melakukan solat sunat hajat.


Bukan itu sahaja, Vida turut membuat ‘pendinding’ diri dengan mencetak beberapa ayat Al-Quran seperti ayatul Kursi.


“Saya dah sediakan ayat kursi siap-siao sebab semalam saya live saya pitam. Jadi hari ni siapa nak ‘buat’ kat saya, saya dah letak ayat Kursi lebih dahulu. Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding..” ujar Vida lagi.

Apapun itu semua hanyalah cuma syak dari Vida dan marilah kita semua doakan agar DS Vida keluarganya terhindar dari perbuatan mereka yang tidak senang melihat kesenangan orang lain.


Sumber : IG Datuk Seri Vida menerusi Beautifulnara

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top