Header Ads

Iqbal angkat bendera putih, Kalah dengan Siti Nurhaliza, akui kekayaannya bagai langit dengan bumi

 


Nama Iqbal Zulkefli tiba-tiba menjadi meletop dimedia sosial apabila beliau membuat pengakuan akan melamar dan berkahwin dengan jutawan kosmetik terkenal, DSV. Namun apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan dan masing-masing nampaknya sudah move on walaupun Iqbal dikatakan masih tidak sepenuhnya melupakan cinta lamanya itu.


Baru-baru ini viral sekeping gambar Siti Nurhaliza yang dilihat menggayakan jam jenama terkenal yang dianggarkan mencecah harga RM1 juta dan bersikap merendah diri walaupun sudah bergelar jutawan.


Menyedari komen pedas yang ditinggalkan netizen di media sosial itu, Iqbal, 27, mengaku penyanyi terkenal itu jauh lebih berjaya daripada dirinya.


Tidak wajar dijadikan perbandingan... itu pendapat usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli apabila sikapnya yang dikatakan menunjuk-nunjuk kekayaan jauh beza dengan sikap penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.


"Yang pijak duit tu bukan setengah orang tetapi saya seorang sahaja, tak boleh bandingkan saya dengan Datuk Seri Siti, jauh langit dengan bumi, beliau sangat berjaya.


"Saya tak kaya pun belum mampu lagi beli jam yang harga berjuta... sikap (kami) pun jauh berbeza.


"Doakan saya lebih baik ya, kalau tiada netizen yang mengecam, mungkin saya tidak akan belajar sesuatu," katanya menjawab komen netizen yang mengungkit semula aksi memijak duit dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.


Pada Ahad lalu, penampilan Siti Nurhaliza di malam pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) menarik perhatian netizen kerana menggayakan jam tangan mewah berjenama Richard Mille bertatahkan berlian.


Rata-rata netizen memuji Siti Nurhaliza yang sentiasa merendah diri biarpun bergelar jutawan, namun dalam masa sama mengaitkan perkara itu dengan sikap Iqbal yang dikatakan sering menunjuk-nunjuk.


Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.