Header Ads

Netizen terharu lihat kesungguhan Raf berhempas pulas kerja hadiahkan Mawar Rashid banglo RM2 juta

 


Pelakon Mawar Rashid mendapat hadiah rumah idaman tiga tingkat daripada suaminya, Raf Yaakob sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka.


Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia tersentuh dengan usaha suaminya yang sentiasa bersusah payah untuk memberikan yang terbaik buat dia dan anak-anaknya. 


"Selamat ulang tahun keempat abang. Terima kasih kerana membuat kejutan buat saya kerana tidak pernah sangka abang akan membuat kejutan begini yang sangat bermakna. 

"Ada hikmah yang dulu bukan rezeki kita, lebih gembira dapat membeli rumah ini hasil usaha dan penat lelah kita berdua. Hanya kita yang tahu betapa susah payahnya bekerja siang malam untuk membahagikan masa dengan pelbagai perkara," katanya.


Mawar berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat memiliki rumah impian itu.



"Syukur, alhamdulillah. Impian kita untuk mendapat rumah ini sudah tercapai. Saya sangat menghargai usaha abang. Terima kasih kerana membuatkan saya gembira dan bahagia, kenangan yang tidak akan dapat lupa.


"Abang ini romantik dari dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah. Saya seperti biasa akan hilang kata-kata kerana terkejut, perasaan itu bercampur baur," katanya.


Mawar menerusi hantaran di Instagram turut mengimbas kembali memori ketika Raf melamarnya pada tahun 2017. 


Menurut Mawar, sikap romantik Raf dari dulu sehingga kini tidak pernah berubah.


"Ketika melamar dulu memang saya berasa terharu dengan suasana romantis, cuma mungkin nampak tiada perasaan kerana 'blur' sebab baru kenal beberapa bulan. 


"Kejutan kali ini berbeza sedikit, mungkin kerana hati ini lebih mudah tersentuh selepas lama mengenali abang. Semakin kenal semakin sayang, apatah lagi kita sudah melalui banyak perkara bersama. 


"Saya hanya mahu abang tahu yang saya sangat menyayangi abang dan ingin meniti hari tua bersama. Terima kasih keraa sentiasa menjadi suami, ayah dan insan yang baik untuk kita semua," katanya.


Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada November 2017.


Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lapan bulan.


Raf juga mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 10, dan Raysaa, 5 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.