Header Ads

Lagi pengunjung 'teraniaya' mengadu kecewa hidangan siakap 'yahudi'

 


Seorang lagi pengguna laman sosial mendakwa kunjungan keluarganya ke sebuah restoran di Langkawi, Kedah meninggalkan memori yang tidak dilupakan apabila hidangan mereka berjumlah RM1,660.


Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang wanita berkongsikan gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan tidak dimaklumkan terlebih dahulu saiz ikan  diberikan itu.


Menurutnya, perkara itu berlaku di restoran sama yang tular dalam media sosial kerana mengenakan harga hidangan siakap yang tinggi.



“Pesan macam biasa siakap tiga rasa satu, udang masak pedas dan tidak diberitahu berapa kilogram (kg) ikan siakap yang akan diberikan.


“Sedia maklum jamah di restoran terapung mesti mahal, dalam kiraan, mungkin lebih kurang RM600 hingga RM700. Tetapi kami diberikan ikan siakap 4.98kg dan jumlah bil RM1,660.


Berdasarkan resit yang dikongsi, harga untuk hidangan siakap sahaja berjumlah RM896.40.


“Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya,” katanya dalam hantaran berkenaan.


Menurut pengguna tersebut, ramai pelanggan yang terkena berikutan peniaga yang tidak memaklumkan dan menunjukkan saiz ikan tersebut terlebih dahulu.


“Ada sebuah keluarga di belakang  masa itu kumpul duit dari mak dan adik beradik, kesian.. nampak sedih dan terkejut.



“Semoga peniaga lebih telus selepas ini, maklumkan pelanggan kemungkinan harga. Ambil pengajaran selepas ini sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata,” ujarnya.


Sebelum ini media melaporkan kisah yang hampir sama berlaku bagi sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat anggaran tujuh kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini.


Sumber : – UTUSAN ONLINE


No comments:

Powered by Blogger.