Header Ads

Logik ke air kosong RM5, telur 4 biji seperti harga sepapan?, tanya pelanggan

 


Seorang lagi pengguna laman media sosial mendakwa kunjungannya ke Langkawi, Kedah boleh disifatkan sebagai terkena situasi hampir sama dengan harga ikan siakap yang tular baru-baru ini.


Menerusi perkongsian di hantaran Facebook, wanita itu berkongsi, hidangan kumpulannya yang terdiri daripada 19 individu mencecah empat angka di samping harga air dan telur yang disifatkannya terlalu mahal.


“Mulanya kami ingat ikan siakap itu saiz biasa, kami order tiga ekor selepas itu akak tu kata yang seekor sudah cukup.


“Kami pun tak jangka saiz ikan itu yang sebenarnya, cuma dia cakap seekor sudah cukup untuk kami semua makan. Kami pun setuju, maka bermula mimpi ngeeri.

Gambar hiasan

Menurutnya, pada mulanya kumpulan individu itu beranggapan bahawa hidangan tersebut berkemungkinan dikenakan caj RM200 sehingga RM500, namun semuanya berubah apabila melihat jumlah keseluruhan bil itu.


“Tadaaaa… empat angka, air pun cekik tengkuk tahap tak maati. Inikan pula ikan siakap yang katanya dari kayangan tapi keturunan Langkawi.

Gambar hiasan


“Itu baru ikan, harga mau tersedak minum. Air kosong pun RM5, inikan pula air manis.


“Nasib lah ramai, boleh jugak kongsi, kalau yang datang bawa mak ayah dan anak-anak?, tak ke naya.


“Telur 4 biji pun sama harga telur sepapan, tak tahu lah mahu sumpah atau mahu doa baik-baik kat peniaga itu sebab hati ini macam tak ikhlas saja semasa bayar,” kongsinya. 


Sumber : – UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.