Header Ads

Saya Nak Lari Dari Populariti, Tapi Diuji Pula Dengan Kemenangan, Kata Janna Nick

 


Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34. Banyak keputusan yang tidak dijangka namun itulah adat pertandingan ada menang ada kalah. Nama Janna Nick menjadi insan terpilih semalam apabila selebriti popular ini dinobarkan selaku Bintang Paling Popular ABPBH34.


Selain dari Bintang Paling Popular, Janna Nick juga membolot anugerah Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.


Janna Nick yang ditemui media menyifatkan anugerah diterima sebagai rezeki, Janna berkata sebolehnya dia mahu lari darpada populariti namun diuji dengan kemenangan.


“Saya mahu lari dari populariti tetapi diuji dengan kemenangan. Apapun, terima kasih @janna_nicker dan semua yang mengundi. Mungkin ini yang terakhir. Cukup,” tulisnya.


Turut memuat naik gambarnya bersama tiga trofi, perkongsian Janna itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan netizen.



Untuk rekod, Janna meraih sebanyak 86,374,777 juta undian peminat secara atas talian. Ini merupakan pertama kali Janna dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.


Dipetik dari Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.