Header Ads

Sepanjang 8 tahun berniaga, siakap seberat 7kg pertama kali berjaya dijual oleh kami, kata Norasyikin Musa

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pelancong tempatan yang bercuti ke Langkawi telah dikenakan caj RM1,196 untuk seekor ikan siakap bersaiz mega ketika menjamu selera disebuah restoran terapung.


Perkara ini telah mendapat perhatian dari netizen dan rata-rata netizen mengecam kerana restoran tersebut meletakkan harga yang dianggap harga yahudi.


Pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan seekor siakap berharga RM1,196 menyatakan ikan tersebut adalah yang terbesar pernah dijualnya sepanjang lapan tahun perniagaannya di Taman Geoforest Karst Kilim, di sini.


Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, selain ikan siakap seberat 7.48 kilogram (kg) itu, dia pernah beberapa kali menjual ikan siakap yang digunakan bagi pertunjukan di situ yang biasanya mempunyai berat lebih 4 kg ke atas.


Sebelum ini, katanya, dia juga pernah menjual ikan siakap dengan berat lebih kurang 7 kg kepada pelanggan yang memintanya.


Jelasnya, selain ikan siakap, ada juga ikan jenahak bersaiz besar yang dijadikan pertunjukan di situ namun pelanggannya tidak pernah memesan ikan tersebut.


“Ikan siakap tersebut biasanya memang saya tidak jual kepada pelanggan, kerana saiznya terlalu besar.

“Tetapi kalau ada permintaan, saya tidak akan hampakan permintaan mereka kerana memang ada pelanggan yang benar-benar mahukan ikan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, biasanya dia akan memastikan pelanggan benar-benar pasti untuk makan ikan siakap tersebut serta mencadangkan ikan lain yang dijual untuk hidangan seperti ikan siakap merah dan ikan kerapu.




Katanya, ikan siakap yang bersaiz besar itu biasanya hanya dibeli oleh warga tempatan.

Jelasnya, pelancong asing yang pernah berkunjung ke restorannya sebelum ini biasanya akan memesan ikan yang dijual untuk hidangan sahaja.

Kelmarin, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar sebanyak RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat  7.48 kg.


Sumber : – UTUSAN ONLINE


No comments:

Powered by Blogger.