Header Ads

BSN tawar pembiayaan peribadi tanpa faedah sehingga RM10,000, kata Tengku Zafrul

 


Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu lepas kepada mngsa banjir.


"RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mngsa-mngsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana," kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan pada Ahad.


Beliau berkata pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh sehingga 3.5 tahun.


Pemohon boleh memohon mulai 27 Dis, 2021 melalui https://www.bsn.com.my.


Sementara itu, BSN dalam kenyataan berasingan pula menjelaskan MyRinggit-i Banjir terbuka kepada mngsa-mngsa banjir di selurun negara.



"Mngsa-mngsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan dalam talian melalu laman web rasmi BSN - www.bsn.com.my.


"Bagi pemohon yang mempunyai masalan atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan," menurut BSN.


Dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut ialah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada pegawai daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.


BSN menambah, pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk maklumat lanjut.


Inisiatif melalui BSN ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Dis, 2021, sebagai inisiatif bantuan meringankan beban mngsa banjir.



Beliau juga mengumumkan bantuan bayaran balik pinjaman untuk mngsa-mngsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.


Antara kemudahan itu termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.


Selain BSN, Ismail Sabri juga berkata TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.


"Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan," katanya.


- BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.