Header Ads

Pesara tentera dan polis dicadang jadi warden SBP, MRSM, kata Cikgu Mohd Fadli Salleh

 


Guru yang tular mengenai silibus ‘kayangan’ tahun 1, jadual padat dan isu beg sekolah berat, Mohd. Fadli Salleh dalam status Facebooknya mencadangkan supaya bekas tentera atau polis menjadi warden di semua sekolah berasrama penuh termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Hal ini bagi mendisiplinkan para pelajar selain dapat menimbulkan rasa lebih gerun pelajar terhadap warden yang bertugas dan lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak sekolah.

Katanya, selama ini, warden yang juga guru menerima elaun hanya RM240 sebulan selain terikat dengan jadual aktiviti asrama dan juga waktu pengajaran di sekolah selain hilang waktu berkualiti bersama keluarga di rumah.

“Kalau boleh, ambil dalam kalangan askar pencen ke, bekas polis ke, bekas komando ke lagi bagus. Baru disiplin pelajar makin tinggi dan mereka pun tak berani main-main.



Guru ni nak rotan murid tak boleh, nak tengking tak boleh, nak marah-marah pun tak boleh. Kemudian, bila berlaku kes buli nak tunding jari pada warden. Tak kena gitu weh.

“Kes buIi di asrama ni kena hapuskan terus dari budaya di negara kita. Tak boleh biarkan kes seperti ini terus berleluasa. Banyak kes yang tak tersebar, yang warden dan pihak sekolah pun tak tahu. Yang mana pelajar hanya simpan dalam diam kes mereka dibuli sebab takut, diuguut dan seumpamanya. 

Bahkan, sampai ke kolej, sampai pusat matrikulasi, sampai ke universiti budaya buli ni masih ada. Paling sedih, ada seorang kawan aku sampai pekak sebelah telinga akibat dibuli. 

Aku cukup setuju jika bekas tentera diambil menjadi warden untuk menjaga sekolah-sekolah berasrama di seluruh negara. Bagi korang macam mana? Soalnya.

Mohd. Fadli turut menyifatkan tugas sebagai warden dalam kalangan guru adalah sangat berat dan ia seperti mencuri masa warden untuk bersama-sama keluarga.

“Kebebasan warden hampir hilang. Hujung minggu nak keluar dengan anak bini pun susah. Nak pergi bercuti hujung minggu pun susah selagi ada pelajar kat asrama. Jika ada apa-apa berlaku kat pelajar dan warden tiada, masalah besar. 



Pukul  3, 4 pagi pintu rumah warden kena ketuk lagi. Ada pelajar sakit kena hantar hospital, ada yang mengadu kena buIi ke apa, bunyi bising hingga terpaksa bangun ronda dan macam-macam lagi tugasan. 

Pelajar nakaI ni, mereka tak buat jahat depan warden. Dan warden tak boleh ada 24 jam sehari bersama mereka,” katanya. 


Sumber : -UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.