Header Ads

Tiada keperluan pengeluaran KWSP, bantuan sudah disediakan kepada rakyat terjejas banjir, kata Perdana Menteri

  


Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000, meskipun ramai maangsa terjejas dengan banjir ketika ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu maangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.


Selain itu, katanya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.


"Ada banyak kemudahan diumumkan kepada maangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, TEKUN menawarkan pinjaman mudah RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun.


"Bagi yang mahu beli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan beri pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah, dan morat0rium selama enam bulan.


"Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, Insya-Allah ia boleh membantu mangsa banjir," katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian kerajaan susulan banyak pihak mendesak supaya pengeluaran i-Citra berjumlah RM10,000 diluluskan bagi meringankan bebaan maangsa banjir.


Sebelum ini, kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP menerusi i-Sinar pada Mac lalu, dengan had pengeluaran antara RM10,000 hingga RM60,000 bagi mengurangkan impak pandemiik.


Kerajaan kemudian mengumumkan pengeluaran khas kedua menerusi i-Citra bermula Ogos lalu, dengan had pengeluaran RM5,000.


Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan keberatan meluluskan pengeluaran khas ketiga kerana ramai pencarum kini memiliki jumlah simpanan yang terlalu sedikit untuk persediaan hari tua mereka.



"Tujuan KWSP adalah untuk simpanan hari tua selepas pencen. Selepas pengeluaran khas dua kali sebelum ini, 20 peratus pencarum hanya tinggal baki RM1,000.


"Kalau RM1,000, apabila pencen nanti, automatik mereka akan jadi miskin tegar. Ini yang saya risaukan.


"Malah hampir 95 peratus daripada pencarum yang miliki baki simpanan RM1,000 itu adalah dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Kita kena sedar perkara ini," katanya.


Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan waktu lebih tiga jam sejak 9.30 pagi untuk meninjau Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua di sini, yang antara kawasan paling teruuk terjejas banjir di Selangor.

Sumber : Berita Harian Online

No comments:

Powered by Blogger.