Header Ads

Terima komen jeIik, Ain Husniza buat laporan polis

 


Pelajar, Nurain Husniza Saiful Nizam bersama bapanya membuat laporan polis berhubung komen Iuucah terhadapnya di media sosial.


Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab dalam ciapan di Twitter berkata, individu yang memuat naik komen berbaur Iuucah tersebut dipercayai salah seorang rakan sekelas Nurain di sekolah lamanya.


"Sudah jam 3 pagi, sekarang kami berada di Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Kajang. Betapa saya kasihan pada Ain yang terpaksa mengharungi semua ini demi perjuangan untuk #MakeSchoolASaferPlace.




"Ini satu lagi kes. Kalian baca sendiri, nilai sendiri dan bayangkan kalau-kalau anak kalian buat perangai macam ni kepada anak orang lain. Betapa sedihnya hati, remuuknya hati.


"Bukan Ain Husniza saja yang kena, kawan-kawan perempuannya yang lain juga kena," ciapnya di Twitter pada Sabtu.



Beliau berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan nasihat daripada peguamnya dan secara tidak langsung menjadi pengajaran kepada semua pihak.


"PelaIu sudah diketahui dan mengakui perbuatannya, ibu bapanya juga telah dimaklumkan mengenai kes ini. Walaupun begitu, laporan poIis akan diteruskan," ciap di media sosial itu.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.