Header Ads

Anak kedua Fizo Omar 'Made in Janda Baik'

 


Selepas menjadi teka-teki netizen sebelum ini, isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri akhirnya mendedahkan dia kini berbadan dua.


Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Fazeera membuat kejutan kepada Fizo dengan memberi alat ujian kehamilan pada bulan pertama perkahwinan mereka.


"Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar dia buat saya apabila beritahu hamil.


"Alhamdulillah, ini hadiah paling bermakna buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar," tulisnya.



Rakaman video berdurasi 50 saat itu turut memperlihatkan wajah spontan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, yang terkejut dan bertanya kepada isterinya mengenai perkara itu.


"Maksudnya awak hamil? Serius? Saya cintakan awak. Biar betul sayang? So made in Janda Baik la ni? Ya saya sangat gembira," kata Fizo dalam video terbabit.


Lebih istimewa Fizo turut meninggalkan komen pada hantaran video berkenaan.


"Saya adalah bapa paling gembira saat ini. Saya cintakan awak sayang," tulisnya.

Menerusi hantaran berasingan, Fazeera turut memuat naik foto 'baby bump' yang semakin membesar.


"Saya harap wajah kamu persis bapa anda yang menawan," tulisnya.



Rata-rata netizen teruja dan mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar.


Bagaimanapun, Fazeera tidak memaklumkan usia sebenar kandungannya.


Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.


Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam, kini berusia lima tahun.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.