Header Ads

Mahkamah perintah tiga kanak-kanak diislamkan dikembali kepada ibu kandung segera

 


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan tiga orang kanak-kanak yang telah diislamkan tanpa kebenaran dikembalikan kepada ibu kandungnya dengan kadar serta merta.


Ketika ini, ketiga-tiga anak Low Siew Hong diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Perlis walaupun sebelum ini wanita itu telah mendapat hak penjagaan penuh.


Ketiga-tiga kanak-kanak yang berusia 10 hingga 14 tahun itu telah diislamkan oleh bapanya, Nagahswaran Muniandy pada 2019 yang ketika ini sedang menjalani hukuman pnjara atas kesalahan daadah.



Jabatan Agama di Perlis telah menukar status agama bagi tiga orang anaknya tanpa kebenaran ibu yang berbangsa Cina dan beragama Hindu


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, beliau membenarkan permohonan Siew Hong untuk mendapatkan hak penjagaan penuh anak-anaknya seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.


Sejurus selepas keputusan itu, kedengaran suara tangisan Siew Hong dari galeri awam.



Sebelum ini Siew Hong juga mendakwa anaknya dilarikan ketika dia menerima rawatan selepas beliau dicederakan dan didera bekas suaminya, Nagahswaran pada 2019.


Nagahswaran, dikatakan menukar agama tiga kanak-kanak itu kepada Islam tanpa kebenarannya.


Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Seri Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan akidah tiga orang kanak-kanak itu yang memeluk Islam secara sukarela walaupun masih mumaiyiz. 

Sumber : MalaysiaGazette

No comments:

Powered by Blogger.