Header Ads

"Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair" - Dakwa tiada adab, Liza Hanim 'ceramah' Kak KM

 


Penyanyi versatil Liza Hanim terpanggil membuat teguran terbuka terhadap usahawan kontroversi, Kak KM yang bertindak menyusukan anak tanpa menutup bahagian payudara sehingga tular dan menjadi perhatian netizen dalam media sosial.


Menerusi hantaran dalam Instagram, Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim berkata, sebagai seorang ibu dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapat tersendiri.


“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.


“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badannya).


“Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai,” tulisnya.



Tambah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu lagi, dia juga seperti usahawan terbabit yang turut mempunyai pengalaman menyusukan anak di tempat awam sambil mengambil gambar sebagai kenangan.


“Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar.


“Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.


“Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” katanya lagi.


Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Liza bersetuju dengan pendapat dan teguran sopan yang disuarakannya itu.



“Teguran yang baik. Saya sendiri pun susukan anak tepi jalan atau di luar jika terpaksa. Tapi jagalah adab sebagai seorang wanita.


“Tiada alasan untuk tidak setuju dengan apa yang akak katakan. Teguran macam-macam dah, tapi tetap dipandang sepi,” tulis netizen.


Terdahulu, Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM menuai kontroversi apabila sengaja memuat naik dan berkongsi sebuah video sedang menyusukan anak bongsunya, Cinta Carissa di sebuah restoran mewah yang dikunjungi ramai pelanggan.


Dia yang juga anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri sempat memuat naik hantaran terbaru sekali gus menjelaskan kepada netizen bahawa video yang dimuat naik sebelum itu langsung tidak menampakkan payudaaranya walaupun berada di tempat terbuka. 

Sumber : Kosmo! Online

1 comment:

  1. Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack - JT Hub
    Harrah's 순천 출장샵 Philadelphia Casino & 경산 출장샵 Racetrack has 서산 출장안마 over 3200 games including the 남원 출장마사지 $5,000 Casino Credit to 제주도 출장안마 use in hotel.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.