Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video yang memaparkan tindakan dua orang wanita yang dikatakan guru bertindak mencampakkan beberapa buah telefon bimbit dipercayai milik pelajar ke dalam api yang marak tular di media sosial.
Video yang berasal dari tiktok namun telah dimuat naik kembali oleh pengguna twitter bernama @theonlyizzah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut menyaksikan kejadian tersebut.
Walapun begitu, lokasi kejadian itu tidak dapat dipastikan cuma yang dapat dipastikan dari video tersebut kelihatan sekumpulan pelajar menyaksikan kejadian tersebut.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan guru itu yang dilihat melampaui batas. Malah, para netizen mengatakan jika pelajar didapati melakukan kesalahan, cukuplah sekadar menyimpan telefon bimbit dan memberikan peringatan.
Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut mengatakan mungkin ibu bapa yang memberikan kepada pelajar untuk membawa ke sekolah atas beberapa faktor dan kini, telefon bimbit boleh dikatakan penting dalam penggunaan seharian.
Tak boleh bayang family yang kurang senang, mak bapak susah payah kumpul duit belikan anak fon untuk belajar, last-last macam ni. Ikutkan memang pelajar tu salah tapi ni bukan solution dia. – netizen.
Ada juga yang memberi pendapat bahawa penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah kini adalah satu keperluan dan para guru tidak mempunyai hak untuk menghapuskan barang peribadi anak didik mereka di sekolah.
Namun, ada juga yang bersetuju dengan tindakan guru-guru tersebut dan menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak-anak apabila mereka tidak mendengar cakap guru di sekolah.
Sumber artikel : Twitter , thevocket dan beautifulnara