'Masuk masjid macam penggaanas besar' - Polis siasat video anggota pantau SOP solat Jumaat, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video yang memaparkan dua anggota polis yang dikatakan menjalankan pemantauan SIOP solat jumaat di sebuah masjid di Batu 14, Puchong.


Video itu telah dikongsikan di media sosial oleh pengguna fb dan telah menarik perhatian netizen. Ramai yang memberikan pelbagai pendapat berkenaan video tersebut.


Menerusi laporan dari harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata ,polis menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut dan  video berdurasi 29 saat itu dimuat naik pemilik akaun Facebook dengan kapsyen 'masuk masjid macam penggaanas besar. Allah'.


"Semakan mendapati kejadian berlaku 1 tengah hari semalam, ketika anggota berpangkat Koperal menjalankan tugas rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.


"Anggota menerangkan berkaitan SOP terbaru bagi Selangor iaitu jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksln C0vid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk," katanya.



Berikutan itu, beliau berkata, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video berkenaan.


Katanya, kes disiasat mengikut Sesyen 505(b) Kanun Kesekksaan serta Sesyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menyiarkan hantaran menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam melalui kemudahan rangkaian telekomunikasi.


Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut.


Menurutnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.




Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kesal dan dalam masa yang sama memberikan pandangan kita seharusnya mengikuti arahan dari pemerintah yang ingin menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top