Nak cucu ramai, bapa Atta Halilintar tak izin menantunya bersaIin 'czer'

encik gotenks
0

 


Keinginan bapa YouTuber terkenal Atta Halilintar iaitu Halilintar Anofial Asmid yang mahukan menantunya Aurel Hermansyah bersalin secara normal mengundang kritikan hebat warganet. 


 Halilintar menerusi video yang tular di laman sosial berkata, dia inginkan cucu yang ramai dan sekiranya Aurel bersalin secara pembeedahan akan menyebabkan sukar untuk dikurniakan anak yang ramai kelak.



   "Biar melahirkan secara normal, jangan sampai melakukan pembeedahan. 


   "Kalau menjalani beedah, Atta tak boleh ada anak yang ramai," katanya.


  Kenyataannya ini mengundang kritikan yang hebat daripada warganet yang tidak bersetuju dengan pendiriannya itu.



   "Aurel berhak untuk menentukan bilangan anaknya. Kalau ibu tak mahu, terserah kepadanya. Tak semua orang mahu ramai anak," komen netizen.


   Anak sulung Anang Hermansyah dan bekas isteri, Krisdayanti ini mendirikan rumah tangga dengan Atta pada April tahun lalu dan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top