Header Ads

Selepas jual rumah RM2.1 juta, Safiey Ilias nak jual kereta Mustang kesayangan

 


Selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, di sini dengan harga RM2.1 juta, usahawan kontroversi Safiey Ilias mahu menjual kereta mewah Mustang.


Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu dijual dengan harga RM270,000.



"Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya. 


"Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. 

Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding," katanya.


Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.



"Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.


"Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama," katanya.

Sumber : Harian Metro

1 comment:

  1. Merkur Futur Adjustable Safety Razor - Sears
    Merkur novcasino Futur Adjustable Safety Razor is the https://jancasino.com/review/merit-casino/ perfect goyangfc.com balance of performance, safety, and comfort. Made in Solingen, https://septcasino.com/review/merit-casino/ Germany, this razor has a gri-go.com perfect balance of

    ReplyDelete

Powered by Blogger.