Header Ads

"Adab dan tata susila tidak datang bersama ijazah" - Maszlee Malik dan Syed Saddiq komen isu pensyarah viral

 


 Tindakan pensyarah yang seakan-akan menempelak atau menghina golongan B40 sememangnya amat dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku.


Bagaimanapun, orang ramai juga perlu adil dalam memahami konteks yang ingin disampaikan oleh pensyarah itu adalah untuk kebaikan pelajar dalam penyediaan kelengkapan pembelajaran.


Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, insiden berkenaan dikesali terutama membabitkan pensyarah di sebuah universiti awam.


"Namun, kita jangan cepat melatah dan menghamburkan kata-kata tidak sepatutnya kepada pensyarah berkenaan kerana perlu diadili kata-kata beliau dengan sebaiknya.


"Pada perkiraan saya, apa yang dikatakan oleh pensyarah berkenaan ada benarnya cuma mungkin agak keterlaluan ketika menyentuh golongan B40.

Tidak mahu berdiam diri, bekas menteri pendidikan PH iaitu Dr Maszlee Malik menerusi ciapan di twitternya menulis bahawa pendidikan di Malaysia memerlukan kemanusiaan serta menegaskan adab dan tata susila seseorang itu tidak datang sekali dengan segulung ijazah yang diperolehi.


Pengasas parti muda, Syed Saddiq juga memberi pendapat berkenaan isu viral tersebut.


Tulis bekas menteri termuda itu, kajian yang pernah dibuat oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tak mempunyai laptop atau tablet.


Kadar Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan


Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop.



Dari menghiina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop. 

Untuk rekod, isu ini telah mendapat perhatian pemimpin negara antaranya menteri pengajian tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.


"Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.


"Saya sudah berhubung dengan pihak UiTM untuk meminta penjelasan mereka," katanya


No comments:

Powered by Blogger.