Header Ads

Kontroversi pensyarah 'kontrak' perIekeh siswa B40, MPP UiTM desak pengurusan universiti siasat dan bertindak tegas

 


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia menyelar tindakan seorang pensyarah universiti itu yang disifatkan menghiina pelajar.


Yang Dipertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor dalam video tular itu adalah satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.


Menurutnya, sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.



Katanya, kenyataan menghiina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat mana-mana pihak.


"Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah berkenaan sudah merosakkan imej universiti keramat ini.


"Pensyarah berkenaan perlu memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Katanya, manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah berkenaan dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.


Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.