Header Ads

Ahli perniagaan Ianggar polis hingga meninggaI dipenjara 4 tahun dan denda RM10,000

 


Seorang ahli perniagaan dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku memandu dalam keadaan mabuuk sehingga menyebabkan kemaatian seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas.


Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas K Kalaichelvan, 45, hari ini menukar pengakuannya kepada bersalah atas empat pertuduhan termasuk memandu di bawah pengaruh alk0h0l sehingga menyebabkan kemaatian Koperal Safwan Mohamad Ismail, 31, di Lebuhraya Kajang-Seremban pada 2.10 pagi 3 Mei 2020.


Kalaichelvan turut berdepan pertuduhan tidak mematuhi isyarat diberikan polis yang menghendakinya berhenti sebelum sampai di sekatan itu dan bagi kesalahan ini, dia dihukum penjara enam bulan.



Tertuuduh, yang memiliki dua anak, turut dijatuhi hukuuman penjaara sebulan kerana memandu tanpa lesen.


Bagi pertuduuhan ingkar PKP mengikut Sesyen 3(1) Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakiit Berjangkiit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkiitan) 2020, Kalaichelvan dijatuhi hukuman penjaara sebulan.


Bagaimanapun, Sayani memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.


Beliau turut menggaantung kelayakan Kalaichelvan untuk memegang atau memohon lesen memandu selama lima tahun.



Terdahulu, peguam K Veeranesh Babu berkata anak guamnya telah insaf dan memohon agar hukuman yang dijatuhkan berjalan serentak.


Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim, yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, memohon mahkamah agar menjatuuhkan hukuman berat ke atas Kalaichelvan.


Beliau berkata Safwan adalah petugas barisan hadapan yang sedang menjalankan tugas semasa pandemlk C0vid-19 dan insiden itu berlaku ketika tempoh pelaksanaan PKP.


Kalaichelvan turut diwakili peguam Freda Josephine Gonzales. Turut hadir bagi pendakwaan ialah Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzan Mohd Nor dan Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.