Header Ads

Berhenti kecam Erma Fatima, babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti, kata pengarah

 


Tampil menjawab kontroversi berkenaan, pengarah iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.


"Ya! Saya yang mengarahkan babak itu... adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.


"Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.


"Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin)," katanya ketika dihubungi mStar.


Pada malam Jumaat, Instagram Zul diseerang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.


Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.


Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.


Dalam pada itu, Ain berkata sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej serta jalan cerita drama berkenaan sampai kepada penonton.


"Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak.


"Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.


"Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini," ujarnya.


Bukan hanya nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter, malah nama penerbit Erma Fatima turut menjadi sebutan netizen kerana disangka merupakan pengarah drama berkenaan.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.