Header Ads

Peguam ini bagi nasihat pedas kepada mereka yang bela babak tidak senonoh Zul Ariffin dalam drama "Perempuan itu"...

 


Semalam saya tonton trailer drama lakonan Zul Arrifin yang bakal ditayangkan bertajuk “Perempuan itu”.


Terkejut saya. Bukan saya seorang, saya membaca semua komen-komen pun turut terkejut. Biar betul, drama Malaysia yang begini.


Kalau ada yang bela, “Alaa..lakonan semata-mata”. Walaupun itu lakonan, perbuatan itukan memang telah dilakukan bagi adegan tersebut. Yang kita semua marah, adegan itu. Ini bukan semata-mata sentuhan tetapi babak itu kearah hubungan intim yang jelas dan nyata bukan lagi berkias-kias.


Kalau ada yang bela, “Sabar dulu tengoklah drama sampai habis. Itu thriller atau teaser sahaja”. Pastinya kalau ditonton penuh, mestilah ada mesej yang ingin disampaikan bahawa perbuatan itu salah dan dosa. Tak baik.


Memanglah tetapi apa perlu babak yang begitu. Cukup sekadar dialog. Hendak memberikan nasihat atau pengajaran bukan fokuskan babak begitu. Jalan cerita, skrip dan lakonan yang perlu difokuskan dan bukanlah menambah perasa dengan babak begini.



Sesuatu drama atau filem, kalau jalan cerita dan skripnya cukup bagus kalau pelakon tidak ramai pun sudah cukup bagus. Pernah lihat filem Cast Away oleh Tom Hanks. 90% cerita itu, pelakon filemnya seorang sahaja. Cukup hebat filemnya. Tiada babak intim.


Pernah tonton filem Iran bertajuk, Children Of Heaven tentang dua beradik yang miskin terpaksa berkongsi kasut ke sekolah. Simple, pelakon tidak ramai. Jalan cerita dan skrip yang mudah tetapi mesej yang disampaikan sangat dalam. Tiada babak intim.


Okay. Okay, mungkin perbandingan saya tidak sesuai sebab drama di Malaysia ini rata-rata tentang cinta, orang kaya, Megah Holding dan hubungan tetapi yang jelas bahawa tekankan pada jalan cerita dan skrip dan bukan untuk meraih tontonan dengan menayangkan babak begitu.


Banyak drama atau filem di Malaysia, yang mendapat sambutan penonton tanpa perlu babak-babak begitu. Tidak kurang ada drama di Malaysia yang bagus jalan ceritanya tanpa babak begini.


Saya cukup minat drama-drama oleh Rashid Sibir misalnya Mat Despatch, Pondok Buruk, Sekeras Kerikil, Pengantin Popular, Takbir Suci, Daun Ketupat Kering, Hanya Dikau, Cik Mala Janda Berhias, Seri Pengantin, Salina, Kutub Utara, Kutub Selatan. Cukup menghiburkan dan jalan cerita yang baik.



Teringat zaman drama bersiri Kutub Utara dan Kutub Selatan lakonan Hans Issac, Nasha Aziz dan Amelia Rosnaida. Dia punya jalan cerita yang memberikan kesan , boleh buat kita naik daarah menyaksikan konflik rumahtangga mereka ini.


Itulah, sesebuah drama ini sebenarnya jalan cerita dan skrip yang perlu bagus dan ditekankan. Mesejnya sampai dan cukup membuat emosi penonton bergolak.


Jika tujuan untuk kontroversi, pengiklanan, umpan menarik penonton. Baca komen-komen 90% tidak setuju. Tidak sesuai dengan agama dan budaya kita. Jadi kalau penonton tidak suka dan tidak setuju. Tidak perlu.


Semoga babak-babak begini tidak menjadi ikutan dalam drama-drama yang lain.


Oleh Nor Zabetha

Artikel dari beritaperak.com

No comments:

Powered by Blogger.