Header Ads

Dikatakan merajuk, letak jawatan dan bawa diri ke Turki, teki-teki akhirnya terjawap apabila Cik Puan Gojes tiba-tiba muncul di sekolah

 



Baru-baru ini heboh di media sosial apabila personaliti media sosial yang juga merupakan seorang guru sekolah iaitu Cik Puan Gojes (CPG) dikatakan merajuk dan nekad untuk meletak jawatannya sebagai seorang guru.


Beliau juga dikatakan telah sempat menghantar surat letak jawatan sebelum membawa diri ke Turki bersama keluarganya setelah pasrah dengan tekanan dan desakan yang dialaminya selama ini.


Netizen turut berasa cemas dan simpati dengan nasib beliau lebih-lebih lagi anak-anak muridnya yang menangis dan juga bersedih dengan berita mengejutkan tersebut.


Bagaikan saspens menunggu Musim Kedua untuk rancangan drama Melayu di TV, segala teka-teki mengenai pengunduran cikgu kesayangan tersebut akhirnya terjawab pada hari pertama persekolahan yang bermula semalam.


CPG kembali guys! Beliau tak jadi letak jawatan pun. Pergi Turki hari tu pun untuk bercuti bersama keluarga dan meraikan kumpulan ejen jualan produknya sahaja. Tak merajuk pun.


Berita ini pastinya menggembirakan penyokong-penyokongnya dan pasti kurang enak didengar oleh ‘musuh-musuh’nya, kan?


Dalam satu hantaran foto yang dibuat di Facebooknya, CPG dengan gaya manja beserta dengan simbol ‘peace’ telah memberi kapsyen berikut:


“Maaf sis masih di sini.. cikgu balik sekolah dah aiii.. cantik bangunan belakang… nanti cikgu spam gambar hari ni na…COMEY2 sambut budak mai sekolah.


“Mesti ramai tunggu kan.. cikgu masih cikgu atau tidak.. by today it YESSSS”, jelas CPG.


Maka dengan itu, berakhirlah ura-ura yang mengatakan beliau telah meletak jawatan sebagai seorang guru di sekolah tersebut.


Di ruangan komen, CPG turut sempat memberikan penjelasan berikut:


“Memang ambil keputusan berhenti sebelum cuti. Tapi guru besar tak mau bagi.. kawan-kawan tak bagi.. PPD tak bagi.. saya cuba lagi naa.. doakan saya kuattt”, tambah CPG lagi.


Hantaran beliau tersebut turut disambut baik oleh murid-murid, peminat-peminat dan rakan seperjuangan beliau dan setakat ini telah mendapat 22 ribu Likes!



Ribuan komen turut membanjiri hantaran beliau berikut dan rata-ratanya banyak mengirimkan kata-kata semangat serta sokongan buat CPG.


Kredit : Odisi

No comments:

Powered by Blogger.