Header Ads

Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) tak setuju kadar gaji minimum dinaikkan RM1500

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini.


Timbalan Presidennya, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, keputusan itu disifatkan tidak adil kepada pengusaha industri perhotelan yang masih bergelut dalam proses pemulihan akibat pandemlk C0vid-19.


Beliau berkata, pengumuman itu akan secara langsung meningkatkan kos operasi perniagaan.



"Langkah yang boleh diambil pengusaha perhotelan adalah menaikkan harga jualan suatu perkhidmatan atau produk. Ia juga akan membebankan pihak pengguna.


"Pihak majikan juga akan terpaksa memberhentikan atau mengurangkan pekerja sedia ada atau tidak mengambil pekerja tambahan.


"Perkara ini akan menaikkan kadar pengangguran negara. Selain itu, rata-rata pengusaha industri perhotelan sedang menghadapi masalah aliran tunai dan memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih," katanya dalam kenyataan media malam ini.



Beliau berkata, pihaknya memohon supaya kerajaan menangguhkan keputusan itu sehingga suatu mekanisma yang teratur diwujudkan.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilaporkan berkata kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei.


Bagaimanapun, katanya, keputusan itu hanya membabitkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima pekerja ke atas.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.