Header Ads

Hadir ke Mahkamah, Shuk dan Sera bakal berpisah?

 




"Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya".


Demikian perkongsian isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera di Instagram.


Semalam, Rossa hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini, yang mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.


Menerusi video di Instagram, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilihat menuruni anak tangga dengan memakai jubah hitam sambil membawa sebuah fail.



Selain kata-kata yang seakan-akan menjawab teka-teki berkenaan, kelibat seorang lelaki yang duduk di kerusi pemandu seperti Shuk dalam video berkenaan.


Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.


Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Sera bagi mendapatkan penjelasannya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp yang dihantar.



Sera sebelum ini turut meluahkan hasrat untuk berpisah dengan pelakon dan pengacara kontroversi itu, namun sedang melalui proses ke arah itu.


Sera mahu mengambil apa yang berlaku secara positif dan menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin selain ingin mengutamakan dirinya dan anak-anak.


Sera mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5; dan Nur Assyifatu Aimi, 2.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.