Wanita ini sanggup lakukan apa saja asalkan jadi persis patung barbie, sudah berhabis lebih RM600,000

encik gotenks
0

 


SEORANG wanita mengaku dirinya sebagai 'patung barbie' selepas melakukan pembedahan bernilai £110,000 (RM604,228.62).


Difahamkan kelibat Tara Jayne McConachy yang berusia 33 tahun kelihatan di Melbourne, Australia pada Selasa.


Malah, dia juga tidak terkejut apabila semua mata tertumpu pada dirinya disebabkan penampilan seperti anak patung.



Dia kemudian menjadi terkenal selepas muncul di Botched, rancangan tentang pembedahan plastik yang disiarkan di saluran The E!.


Selain melakukan lima kali pembeedahan plastik untuk membesarkan payuudara, Tara juga telah menjalani pembeedahan rhinoplasty, implan punggung, venir dan botox.


Tetapi usahanya untuk kelihatan plastik dan hebat masih jauh dari selesai.



Bintang TV yang sebelum ini mempunyai implan payuudara yang jauh lebih besar, bagaimanapun mengeluarkannya kerana ia memberinya masalah belakang.


Katanya, dia berharap dapat membesarkan lagi saiz payuudara dan melicinkan kulitnya di samping mendapatkan penampilan yang lebih muda. - Daily star


Artikel dari mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top