Header Ads

sifu marketing dikecam gara-gara ajar Kak Long 7E buat Facebook Ads...akui kurang didikan punca segalanya

 


Nama Kak Long 7E adalah nama yang paling trending di tanah air ketika ini, popularitinya tidak boleh disangkal lagi apabila menjadi bualan netizen di laman sosial.


Pemilik nama penuh Wan Nor Baizura bagaikan tidak pernah sepi dengan kontroversi.


Selain wanita berusia 34 tahun itu, individu terdekat dengannya seperti anak-anak, suami dan ahli keluarga turut dikecam teruk oleh netizen.


Tidak terkecuali tentunya seorang usahawan dari Terengganu, Hafiz Rani, 28, yang dituduh mengajar Kak Long melakukan pelbagai kontroversi demi tujuan pemasaran dan pengiklanan.


Ia susulan satu posting Facebook yang memaparkan pertemuan Kak Long dengannya bagi mempelajari teknik pengiklanan Facebook dan TikTok.


Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Hafiz ada jawapan tersendiri dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan netizen.


"Saya memang belajar bidang bisnes, ada ijazah dalam bidang ini dan sudah lama buat produk sendiri. Sejak 2019, saya ajar orang ramai mengenai aspek teknikal Facebook Ads, Instagram Ads, TikTok Ads, buat website dan landing page.


"Saya tak ajar seminar air mata. Saya ada dalam 4,000 pelajar. Tak pernah ajar orang buat live, saya hanya ajar buat ads. Netizen sangka saya ajar Kak Long mengamuk itu ini," ujarnya.


Bercerita lanjut, Hafiz mendedahkan dia sudah mengenali Kak Long sekeluarga sejak kecil lagi.


Jelas Hafiz, keluarga dia dan Kak Long sama-sama mencari rezeki sebagai peniaga pasar malam di Dungun.


"Mak saya dan sebahagian besar keluarga saya berniaga pasar malam di Dungun. Mak Kak Long pun berniaga pasar malam. Dah kenal lama sejak kecil lagi.


"Jadi bila dia viral hari tu, saya rasa kesian. Memang dia salah, tak patut buat live dalam 7Eleven tinggikan suara macam tu.


"Tapi saya ada ilmu sikit. Saya kata, buat live jualan tak dapat banyak. Kalau nak jualan banyak dan konsisten, kena buat ads. Jadi saya ajar dia buat Facebook dan TikTok Ads.


"Saya tak ajar dia kecam Orang Kelainan Upaya (OKU) atau pergi mengamuuk. Saya tak ajar semua tu," ujarnya lagi.


Kata Hafiz lagi, dia tahu perbuatan Kak Long tempoh hari bukanlah satu perkara yang wajar dilakukan, namun dia berharap netizen mengerti sejarah kehidupan yang dilalui wanita itu.


"Faktor sekeliling termasuk didikan keluarga turut jadi punca. Mak ayah dia jual pasar malam, dari kecil habis sekolah terus pergi pasar malam. Memang kurang didikan.


"Kita yang didikan sempurna patut bersyukur, balik sekolah boleh mengaji, belajar dan sebagainya. Mereka tak patut hina orang kurang didikan macam kami anak pasar malam.


"Kita patut bagi peluang. Sudah tentu Kak Long tak terlepas buat kesilapan lagi. Tapi sampai bila nak kecam? Bagilah peluang dia berubah. Takkan dia tak boleh berubah?


"Bukan dia pilih jadi begitu. Tapi faktor sekeliling dan sosial buat dia jadi begitu. Jangan kecam orang, bagi nasihat baik-baik," ujarnya lagi.


Menurut Hafiz, tempias kecaman yang diterima turut memberi kesan terhadap keluarganya.


Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.