Najib Assadok sasar bimbing 100,000 peniaga online gandakan jualan sehingga 10x ganda

encik gotenks
0

 




Jurulatih pemasaran dalam talian terkemuka, Najib Asaddok dan Momentum Internet meletakkan misi bagi 2022 ini untuk membimbing 100,000 peniaga dalam talian menggandakan jualan sehingga 10 kali ganda.


Selain itu, ia juga meletakkan sasaran untuk melatih usahawan menarik ribuan pelanggan secara dalam talian bagi meningkatkan penjenamaan mereka.


Najib berkata, beliau bimbang dengan situasi dan keadaan peniaga di luar sana.


"Ramai peniaga sekarang tertekan apabila pelanggan makin berkurang dan jualan merosot.


"Namun, saya percaya dengan keadaan yang semakin pulih ketika ini, dapat berikan satu nafas baru untuk peniaga menaikkan perniagaan dan jualan mereka secara dalam talian dengan teknik dan strategi yang betul," katanya.




Nama Najib Asaddok tidak asing lagi sebagai jurulatih pemasaran dalam talian yang telah membimbing ramai peniaga menaikkan jualan 10 kali ganda dengan cepat dan pantas.


Baru-baru ini beliau menganjurkan program Ultimate Gala Award Night yang mengumpulkan peniaga-peniaga yang berada bawah bimbingan beliau.


Dalam majlis berkenaan,, beliau menyatakan kebimbangan dengan situasi yang dihadapi peniaga khususnya dalam keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.


"Misi saya dan Momentum Internet untuk 2022 adalah untuk membimbing lebih ramai peniaga menarik ribuan pelanggan secara dalam talian dan menggandakan jualan mereka," katanya dalam ucapan pada majlis Ultimate Gala Award Night 2021.



Beliau menjelaskan bahawa misi ini adalah perjuangan beliau bersama Momentum Internet untuk pastikan lebih ramai peniaga mendapat teknik dan strategi pemasaran yang betul dan tepat supaya mereka dapat bantu perniagaan usahawan ini dan membawa mereka keluar dari kemiskinan.


Untuk menyokong misi ini, beliau juga mengumumkan untuk mengadakan satu sesi khas iaitu Mega Momentum Bisnes 2022 yang akan berlangsung pada 30 Mac 2022 tepat pada jam 8.30 malam.


Dalam sesi berkenaan, beliau akan berkongsi mengenai kaedah serta tip untuk lonjakkan jualan dengan mudah dan pantas kepada para peniaga yang menyertai program berkenaan.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top