Header Ads

Pelbagai kontroversi melanda Zul Ariffin tanda dia dahagakan publisiti murahan? Stesen TV dan produser tak perlu bagi muka lagi!

 




Sebagai pemain industri yang lebih 14 tahun terlibat dalam dunia lakonan, meraih perhatian dengan cara tidak bermoral ialah satu perbuatan yang tidak boleh dipandang mudah.


Pelakon seperti ini tidak harus diberi muka. Ia bukan sekali tapi sudah banyak kali.


Sebagai pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) Zul, 36, seharusnya menunjukkan contoh terbaik kerana bakatnya itu mendapat pengiktirafan industri seni.

Ya benar, Zul ada bakat namun kurang kesedaran mengenai kepentingan menjaga moral merupakan satu kelemahan yang tidak mudah untuk dimaafkan.


Memiliki pengikut yang ramai, dia seharusnya menjadi contoh terbaik dalam kalangan peminatnya dan bukan mempamerkan keburukan diri.


Lebih memalukan, perkongsian di media sosialnya mengenai sedutan filem yang belum ditapis dengan babak kurang sopan untuk drama ‘Perempuan Itu’ turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.


TV3 yang bakal menayangkan drama itu pada Ramadan nanti turut kesal dengan perkongsian berkenaan selain dikatakan adegan tersebut tidak mendapat kelulusan mereka untuk diterbitkan.


Justeru semua pihak seperti stesen televisyen, penerbit filem dan drama haruslah mengkaji adakah individu seperti ini perlu diberi ruang untuk berkarya atas sifat moralnya itu yang gagal menjadi contoh terbaik kepada audiens.


Jika dilihat beberapa siri kontroversi Zul Ariffin, kebanyakannya ialah hal berkaitan tarikan sekksual. Majoriti menyenaraikan 7 kontroversi itu.


Masih ingatkah lagi isu ini? Zul Ariffin mencetuskan buah mulut warganet selepas dia dikatakan memuat naik foto alat sulit lelaki di akaun Instagramnya?


Gambar itu dikongsi menerusi fungsi InstaStory sekitar April 2018, namun ia dipadamkan dua minit selepas foto kemaIuan itu dimuat naik.


Bagaimanapun, kelab peminat rasmi Zul Ariffin FC kemudian menjelaskan bahawa tindakan itu bukan dilakukan oleh pelakon pujaan mereka sebaliknya akaun Instagram beliau telah dig0dam pihak tidak bertanggungjawab.


Betulkan seluar terlondeh


Selepas dikatakan berkongsi gambar kemaluan, Zul Ariffin sekali lagi mencetuskan kontroversi pada Jun 2018 apabila dia memuat naik foto menunjukkan badan sasanya sambil membetulkan seluar pendek yang hampir terlondeh.


Dengan wajah tersenyum, foto berkenaan menjadi bualan hangat peminat terutama golongan wanita yang rata-ratanya 'terliur' dengan gambarnya. Apakah motif penyiaran foto itu ya Zul?


BerpeIukan dengan gadis Ukraine

Foto Zul Ariffin berpeIukan mesra bersama seorang gadis dipercayai wanita Ukraine mencetuskan kontroversi selepas beberapa keping gambar mereka bercuti bersama di Phuket, Thailand tersebar di media sosial.


Gadis Ukraine tersebut dipercayai turut bercuti bersama Zul Ariffin setelah terlihat beberapa keping foto di IG Story pemilik akaun hlembotska22.


Tersebar video Iucah mirip Zul Ariffin


Nama Zul Ariffin kembali menjadi bualan hangat peminat apabila sebuah klip video Iucah yang memaparkan seorang lelaki yang boleh dikatakan mirip dirinya tular di media sosial.


Dalam video berdurasi 45 saat itu, lelaki berkenaan dilihat sedang bersandar di atas katil sambil mer0k0k sebelum mula mengalihkan pandangan kamera daripada bahagian muka ke arah alat suIitnya.


Susulan dari tularnya video itu sekitar Disember 2019, Zul didapati telah menyahaktifkan akaun miliknya selepas ramai yang menyeerang akaun media sosialnya untuk mendapatkan penjelasan.


Kongsi video dan foto sedang mandi



Pada April 2021, Zul berkongsi foto sedang mandi berlatarbelakangkan pemandangan indah di sebuah pusat percutian.


Terdapat juga netizen turut melahirkan rasa kurang senang dengan penyiaran foto itu dan memintanya agar tidak memuat naik lagi imej sedemikian kerana iman mereka tidak kuat.


Pakai seluar pendek hingga nampak urat paha


Gambar Zul Ariffin sedang melakukan aktiviti bersukan yang menampakkan urat-urat melingkar di pahanya menjadi bualan hangat di media sosial.


Pada November 2021, Zul menjadi tumpuan selepas dia berkongsi gambar sedang melakukan aktiviti bersukan yang menampakkan urat-urat melingkar di pahanya.


Ramai netizen meninggalkan komen berhubung perkara itu termasuklah aktor, Shah Iskandar yang kagum dan seakan-akan tidak percaya apabila melihat bentuk paha rakan artisnya.


Adegan panas drama ‘Perempuan Itu’


Pada Jumaat lalu, satu klip video panas dipercayai adegan dalam drama ‘Perempuan Itu’ lakonan Zul dan Siti Hariesa mencetus kebimbangan ramai kerana memaparkan unsur-unsur kurang baik, tidak sesuai bagi siaran tontonan umat Islam khususnya untuk Ramadan nanti.


Perbuatan itu turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan TV3 pula juga kesal dengan pelakon dan produksi terlibat.


Berdosa kongsi foto tidak tutup aurat


Dalam satu perkongsian ilmu, Pencetus Ummah Amin (PU Amin) berkata, menjadi satu dosa apabila seorang individu berkongsi foto yang tidak menepati syariah Islam di laman sosial.


"Ia dosa yang bersifat berjemaah atau berkumpulan, maknanya orang dalam gambar dapat dosa, orang yang upload dapat dosa, orang yang tengok dan orang yang tak tegur pun dapat dosa.


"Selagi tak dibuang, dosa akan berterusan biarpun individu itu sudah meninggal dunia. Saham dosa juga ada untuk mereka yang terlibat.


"Islam tak larang bergambar, nak ambil gambar dari atas sampai bawah pun boleh. Cuma pastikan ia menepati ketetapan dan tiada sebarang unsur yang mengundang fitnah," ujarnya dalam satu laporan di mStar.


Dalam pada itu, beliau berkata, menjadi tanggungjawab seseorang untuk mengubah persekitaran laman sosial jika ia sering dipenuhi dengan posting berbaur maksiat dan mengundang dosa. 


Artikel diambil dari — Majoriti

No comments:

Powered by Blogger.