Header Ads

Tidak adil jika Zul Ariffin seorang saja, semua terbabit perlu diheret ke mahkamah, kata Prof Madya Dr Salawati Mat Basir

 


Tidak adil untuk heret Zul Ariffin saja ke mahkamah, sepatutnya semua yang terbabit dalam penggambaran itu perlu diheret bersama.


Pandangan itu disuarakan Penasihat Undang-Undang Prof Madya Dr Salawati Mat Basir daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mengulas kes pelakon popular itu berkongsi babak panas lakonannya di media sosial.


Zul akan disiasat mengikut Sesyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Salawati berkata, tindakan pendakwaan ke atas aktor itu adalah wajar kerana jelas meIanggar peruntukan, namun kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pelakon itu sahaja.


"Pada saya, (adegan) sudah melucahlah tu, kalau ada pendakwaan kepada dia, dia kena jawab jika meIanggar akta dan peruntukan.


"Memang wajar dikenakan tindakan, tetapi sebenarnya semua yang terbabit perlu diheret ke mahkamah, bukan pelakon sahaja sebab pelakon tidak akan buat kalau tiada skrip.


"Memang jelas dia (Zul) buat (adegan panas itu) tetapi ada ke pelakon itu yang rakam sendiri, konon untuk tayangan kedua ke, ketiga ke... tetapi salah tetap salah dan melanggar akta," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Dr Salawati menegaskan semua pihak yang berkaitan drama lakonan panas Zul perlu bertanggungjawab.


"Tidak adil jika aktor dan aktres sahaja kena... yang lain tidak kena, sedangkan yang merakam, mengarah semua ada di situ.


"Kalau nak heret dia (ke mahkamah), jangan heret dia seorang, yang lain kena juga sebab saya tidak rasa dia buat berseorangan... dia pun tahu benda ini salah," katanya.


Ditanya sama ada tindakan mengheret pelakon itu ke mahkamah boleh memberi pengajaran kepada anak seni lain, Salawati berkata, ia pengajaran yang sewajarnya untuk semua pihak, agar tidak sesekali menyentuh isu sensitif.


"Masyarakat kita sebenarnya sedang berada dalam keterbukaan, cuma adat dan budaya kita tidak membenarkan lagi, tetapi kalau dia (Zul) dikenakan tindakan, memang boleh menjadi pengajaran kepada syarikat produksi lain yang nak buat filem atau drama, kena berhati-hati dan jangan sentuh isu sebegini," katanya.



Menurutnya, semua pihak tahu apa yang dipaparkan dalam drama atau filem berlaku dalam realiti kehidupan, namun ia tidak manis untuk ditunjukkan dalam lakon layar.


"Jangan kita nak bandingkan dengan drama Indonesia yang sangat terbuka dengan adegan sebegini, kita kat (di) Malaysia tidak sesuai macam ini," katanya.


Menjawab sama ada persaingan dengan drama luar negara menyebabkan pengarah tempatan semakin berani, Salawati berkata, tidak timbul isu itu sekiranya jalan cerita yang dipaparkan menarik dan sesuai untuk tontonan.


"Kalau cerita bagus, 'rating' tinggi juga, macam (contoh) drama Nur... siap tutup aurat, elok saja diterima penonton. Jalan cerita yang masyarakat nak, bukan aksi sebegitu," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.