Header Ads

Tolonglah bersikap terbuka, penerbit TV Alhijrah bukan 'kaki' cari kontroversi, kata Amin Idris

 


Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris meminta masyarakat bersikap terbuka terhadap program Trending terbitan stesen TV Alhijrah yang bertujuan mendidik masyarakat.


Ia susulan kecaman terhadap stesen TV itu yang menampilkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program terbabit yang sepatutnya ditayangkan Rabu depan sehingga memaksa ia ditunda.


"Saya pernah menjadi pengacara tetap di stesen TV terbabit selama enam tahun (2010-2016). Dan saya menjadi saksi penerbit di sana bukan jenis kaki suka cari kontroversi. Saya juga tak setuju mereka hanya jemput Kak Long 7E dan KFC tanpa membawa bersama kakitangan 7E. 



"Ditambah pula Kak Long siap makin bangga dengan kelakuannya atas asbab dijemput muncul di TV. Katanya hikmah untuk makin 'famous'. Saya juga ada tegur 'perangai hudoh' Kak Long itu," katanya.


Menerusi hantaran di media sosial, Amin Idris berkata selepas bertabayyun (meneliti mendalam) dia mendapati program itu adalah untuk mendidik masyarakat melalui isu yang tular agar mendapat pengajaran.


"Pihak 7E sudah buat tugas mereka dengan baik, yang perlu 'disekolahkan' ialah Kak Long. Di sinilah TV Alhijrah main peranan. 



"Antara hasil rakaman terbabit, Kak Long siap mengakui kesilapan dia, malah Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki mengingatkan beliau mengenai tingkah lakunya dan kesan kepada didikan anak-anak. Dan mungkin bila tak ditayangkan, makin berlagak jadinya!


"Namun, itulah sikap kita. Belum tonton kita dah judge macam-macam. Terkadang kita benci orang yang suka maki hamun, tapi kita juga jadi tukang maki hamun atas nama tegakkan agama.


"Buat Kak Long, awak dijemput ke TV bukan sebab hikmah awak di pihak yang benar, tapi hikmah agar awak kenal apa yang benar," katanya. 


Terdahulu, TV Alhijrah dalam satu kenyataannya semalam berkata, keputusan menunda tayangan episod Kak Long 7E dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.