Header Ads

Viral konvoi Lamborghini berhenti ramai-ramai tengah lebuhraya, ini jawapan dari Ketua Polis Daerah Kulai

 


Polis menyiasat insiden konvoi kereta mewah yang memberhentikan kenderaan mereka di tengah Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, kelmarin (18 Mac).


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian pada 6.30 petang di Kilometer 34 arah selatan berhampiran susur keluar Sedenak.


Katanya, siasatan awal mendapati insiden bermula apabila pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger cuba memotong konvoi Lamborghini sehingga meIanggar sebuah daripada kereta itu yang dipandu lelaki 45 tahun.


"Pemandu (Ford Ranger) wanita berusia 28 tahun dipercayai cuba memotong konvoi secara zig-zag sehingga berIanggar dengan sebuah Lamborghini ketika memasuki lorong kiri.


"PeIanggaran itu menyebabkan kumpulan konvoi terbabit tidak puas hati dan berhenti di tengah lebuh raya, malah berlaku perselisihan faham dengan pemandu Ford Ranger," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tok berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Sesyen 147 Kanun Kesekksaan (meruusuh) dan Sesyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Mengenai dakwaan pemandu wanita itu mabuk, katanya, pihaknya masih menyiasat perkara itu.


Terdahulu, video berdurasi satu minit 14 saat tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan mewah berhenti di tengah lebuh raya dan menghalang laluan kenderaan lain.


Turut kelihatan beberapa pemandu keluar daripada kenderaan dan berlaku perselisihan faham.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.