Header Ads

Akaun bank bekas suami akan dibekukan jika tidak bayar nafkah kepada bekas isteri, kata Perdana Menteri



 Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri bakal disekat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi memastikan kepentingan wanita terus dijaga.


Naib Presiden Umno itu berkata, apabila akaun dibekukan dan perintah mahkamah akan dipohon bagi membolehkan bayaran terus dibuat.



"Apabila kes tuntutan nafkah dimenangi wanita sukar untuk mendapatkan suami membayar dan ingkar perintah mahkamah.


"Sebagai contoh jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri.


"Ini dilakukan kerajaan bagi memastikan kepentingan wanita terus terjaga," katanya ketika ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.



Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap turut menyokong keputusan yang dibuat kerajaan itu.


Katanya, keputusan itu membuktikan Umno sentiasa menjaga kepentingan wanita.


"Saya sangat setuju dengan yang diumumkan Perdana Menteri untuk jaga kepentingan wanita," katanya

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.