Header Ads

2023 yang merisaukan, nilai mata wang Malaysia jatuh teruk sejak 2020, orang kaya pun sudah mula berkebun

 


Baru-baru ini viral satu hantaran di laman facebook yang memberikan bayangan mengenai apa yang bakal berlaku pada tahun 2023 sekiranya masalah ini semakin buruk.


Pengguna facebook menggunakan akaun Yazeed hair johari menasihatkan orang ramai untuk mula berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi situasi yang disifatkannya sebagai amat merisaukan, menakutkan dan menyeramkan ini.


Tahun depan yang merisaukan.


Kenapa ramai orang kaya dah mula start projek berkebun?


Dia orang macam dah boleh hidu sesuatu eh?


Ada rahsia yang dia orang tau lebih awal ke?


Aku tau kenapa dia orang ni semua tengah invest dalam perladangan dan pertanian.


Meh aku cerita kenapa dia orang dah start plan projek berkebun atau pertanian ni semua.


Tahun ni Alhamdulillah, ada Pengeluaran Khas KWSP RM10K. Ramai yang dapat bernafas semula.


Tapi yang paling merisaukan adalah tahun depan.


Sekarang pun, duit mata wang RM sedang jatuh lebih teruk jika dibandingkan dengan US dollar dan Singapore dollar.


Pemulihan ekonomi yang perlahan menyebabkan ramai investor luar dah mula angkat kaki.


Ada pengilang-pengilang yang dah mula menggantikan tenaga kerja dengan automachine.


Ramai pekerja dibuang untuk mengurangkan kos.


Dulu kilang Audi dekat Germany ada 78,000 pekerja. Disebabkan dah banyak digantikan dengan automated machine, pekerja kilang Audi hanya tinggal 18,000 pekerja sahaja sekarang.


Tahun depan lebih menakutkan.


Pakar ekonomi menjangkakan hiperinflasi.


Di mana inflasi kita akan naik meroket.


Dan akan menyebabkan harga asas seperti bahan makan akan meningkat dan mahal.


Tahun ini sahaja, kalau tanya rata-rata peniaga dah mula merasakan susutnya untung dalam perniagaan kerana buying power dah mula kurang.


Kalau boleh break even pun dah cukup bagus sebenarnya.


Kawan aku seorang ni ada 16 kedai rangkaian mamak, 10 daripadanya sudah pun ditutup.


Kawan aku ada 8 kedai car wash, 6 dah ditutup.


Ramai kawan aku yang dah mula jual kereta mewah, rumah-rumah, aset-aset yang tak digunakan.


Ramai yang tak perasan, tapi dia orang dah bertindak dengan lebih awal.


Semuanya nak stand by cash di kala inflasi meningkat. Maybe untuk diversify.


Tahun depan tak mungkin ada lagi Pengeluaran Khas KWSP yang akan dibenarkan.



Mana lagi nak cekau?


Yang mana ada tanah tu, memang aku suggest sangat kau orang mula bercucuk tanam.


Sebab aku dah start tengok, ramai kawan-kawan aku yang dah kaya ni pun dah mula start projek kebun secara besar-besaran.


Sebab dia orang pun berpendapat macam tu juga. Semua tengah start stand by button.


Cuma ramai orang je yang tak perasan atau tak ambil tahu tentang isu ni.


Kalau yang mana dah biasa dalam bidang perniagaan, mata wang dan analist ekonomi, mereka semua tengah bersedia lebih awal.


Tony Fernandes pun dah mula tak ambil perhatian pada airlines. Tumpuan dia lebih kepada kapital lokaliti.


Keadaan ini amat menyeramkan.


Just tarik seat belt. Berhati-hati.


Let’s pray for our future.


Wallahualam.


Dengarkanlah. Di sepanjang malam aku berdoaaaa.


Bacaan lanjut klik:


www.dryazeedhairi.com


Sumber: Facebook Yazeed Hair Johari

No comments:

Powered by Blogger.