Header Ads

Negeri Sembilan tegas, nekad ambil tindakan isu 2,000 ekor babi 'lesap'

 


Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan undang-undang susulan isu 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.


Menteri Besar Aminuddin Harun berkata pihaknya meminta Exco dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) menyiasat perkara itu, selain membuat laporan polis berhubung kejadian.


Katanya kerajaan negeri khuatir haiwan yang dibawa keluar itu akan mencetuskan jangkitan penyakiit Deemam Babi Afrika (ASF) ke negeri lain.



“Disebabkan itu kita serahkan pada pihak polis menyiasat bagaimana haiwan itu dipindahkan. Sepatutnya babi itu tidak dipindahkan sehingga JPVNS selesai memeriksa dan mengesahkan kesemuanya selamat daripada jangkiitan ASF,” katanya kepada pemberita.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan kepada golongan fakir dan miskin bagi daerah Seremban, hari ini.


Sementara itu Aminuddin berkata pihak JPVNS juga seharusnya lebih peka kerana mereka ditugaskan untuk memastikan tiada perpindahan haiwan itu keluar dari ladang terbabit.


Semalam media melaporkan kesemua 2,000 ekor babi yang ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiiti penyakiit ASF di kampung berkenaan, dipercayai dibawa keluar oleh pemilik ladang tanpa pengetahuan pihak berkuasa.


Sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiiti waabak itu telah dilupuskan pada 13 April lepas.


Sementara itu dalam majlis malam ini Aminuddin berkata seramai 4,629 fakir dan miskin di negeri ini masing-masing menerima RM700 dan RM500 daripada MAINS, manakala MBI negeri turut menyumbang RM300 sempena perayaan Aidilfitri ini.


- Bernama

No comments:

Powered by Blogger.