Header Ads

Aku dulu pensyarah yang pernah kena kecam parents, tapi aku bangga, kata Saiful Nang

 


Baru-baru ini heboh diperkatakan di media sosial apabila seorang pendidik yang dikatakan telah memperlekehkan golongan B40 melalui satu rakaman video yang telah dimuat naik oleh seorang bekas pelajar.


Kejadian ini telah mendapat perhatian bukan sahaja netizen namun orang kenamaan sama. Seorang personaliti media sosial yang juga merupakan usahawan berjaya tuan Saiful Nang melalui coretannya di facebook juga mendedahkan pengalamannya yang pernah dikecam keluarga anak didiknya ketika pernah bergelar seorang pensyarah.


Mari kita renungkan dan ambil iktibar dari hasil penulisan yang sungguh bermanfaat ini.


ISU LAPUK tapi lambat nak komen. Kalau komen awal-awal, ramai yang tengah panas. Saya ulang-ulang dengar apa yang prof ni cakap. Ada 1 perkataan yang buat saya offended apabila beliau melabel "B40" secara umum. 

Sebagai warga Malaysia yang dibesarkan dalam kalangan B40, saya terasa. Macam Arwah Cikgu Biologi saya yang sampai ke SPM saya tak bertegur dengan beliau (sebab dia pun boikot saya) bila beliau generalize "Budak Felda semua jenis pemalas". Aku berdendam, tapi aku revenge dengan berikan A1 dalam bio tahun 1995 SPM, English College. 


Namun begitu, saya mohon warganet lihat bab lain juga. Kita dissect point-point ini ya 

 ni cakap dah betul. Antara gelang dan sebuah komputer, gelang tu patut jual belikan computer. Dengan adanya computer, banyak lagi gelang boleh dibeli kalau computer itu adalah laluan belajar. 


2. Dulu kalau nak belajar tapi tak ada buku, nak belajar macam mana? Sekarang betul dah, computer ialah KEPERLUAN bukan lagi pilihan. 


3. Semester 1 kalau tiada computer, alasan masih valid kerana B40. Tetapi setelah sem 5 masih belum ada computer, alasan B40 atau tidak mampu sangat tak valid. Lagipun, computer setakat belajar document bukan spec tinggi. Ini bukan kelas Animasi 3D atau editing video. 


4. Saya pun B40 dulu dan tiada computer sampai grad. Hari-hari bertemu tangga depan lab untuk guna computer lab. Tahu pentingnya computer, saya pastikan adik-adik semua dapat computer seawal sem 1. 


5. Jadi lecturer ni, ada pilihan. Kalau tak garang pun gaji sama juga. Kalau jadi garang, lagi sakit hati tapi gaji tetap sama. Tak ada penilaian gaji dari indeks kegarangan pensyarah. Maka, pensyarah garang indikasi keikhlasan dia dalam mengajar. Sebagai bekas pensyarah universiti, saya melalui fasa pensyarah garang pada awal-awal. Kelas saya menghasilkan banyak award winning artwork peringkat nasional. Tapi bila parents kepada pelajar-pelajar pemalas mula komplen pada President, saya dinasihatkan untuk tidak terlalu serius. Maka, semester hujung-hujung saya di universiti itu, saya jadi lecturer yang biasa-biasa jer, asal gaji masuk. Frankly, kalau penting diri sendiri, saya buat bodo jer dengan yang malas-malas. Bagi lulus jer sebab taknak jumpa lagi muka mereka dalam sem repeat. Sem hujung-hujung tu, tiada yg boleh dibanggakan. 

Pendidik yang baik dah kurang dalam dunia. Sebab yang ada, dah dibuunuh semangatnya oleh wargamaya. Cikgu pun tinggal yang biasa-biasa, kalau ada cikgu yg serius, ikhlas yang biasanya pakej dengan garang dan mulut puaka akan dibuunuh semangatnya oleh mak bapak yang membela kemalasan anak-anaknya.



6. Akhlak pelajar, kalau dah dapat ilmu kalau tak mahu berterima kasih sekalipun, tanam dalam diri yang kita tak meludah semula tempat kita menuntut ilmu. Jangan kencing di kolam yang kita minum. 


7. UITM tak perlu gantung pensyarah hanya sekadar melakukan satu tindakan populis berdasarkan suhu kemarahan wargamaya. Semua yang dikatakan oleh pensyarah itu betul, sekadar minta maaf kerana menyinggung golongan B40. 


8. Kita banyak sangat tengok K-Pop, pensyarah atau guru yang muka kacak, muda, cantik, lemah lembut dan dalam masa yang sama adalah pendidik yang hebat itu semua fantasi yang tak pernah wujud. Wrong package! Sudah lah, banyak sangat tengok TV. 


9. Akhir sekali, benda dalam kelas bukan untuk paparan umum. Kalau kau lihat bagaimana seorang ibu dan seorang bapak mendidik anak mereka dan dipapar pada umum semuanya, kamu akan lihat tak semua adalah pendekatan yang favorable. Kalau semua dikongsi, memang banyak parents jadi viral. Tapi kita lihat hasil pendidikan itu. Anak jadi kenal adab, anak jadi rajin belajar, anak jadi berdisiplin. Kau kalau nampak macam mana Wak Nang libas kami adik beradik pakai getah paip, aku rasa famous Wak Nang kena kecam wargamaya dan siap masuk Bulletin Utama dan jadi headlines semua news.


Sama juga dengan pensyarah. Di MMU ada seorang pensyarah bernama Azhar Che Mat, kalau assignment final dateline dia ialah hari ini jam 12 pm, kamu hantar jam 12.01 pm, kamu pasti akan bertemu beliau di semester berikutnya kerana assignment itu tak akan diterima sekalipun kau merayu-rayu gedik dengan baju ketat kau. Hasilnya, ramai award winning student dari kelas pensyarah ini. Kalau ikutkan wargamaya mesti akan komen macam-macam seperti 


"Takkan tak ada budibicara"

"takkan tak bertimbangrasa"

"Setiap orang ada masalah"

"Mungkin terlewat sebab solat Duha"

Yang akhirnya, Wargamaya juga yang sempurna, orang lain semua tak betul. 


Jika kita nak marah sangat dengan guru kita, sentiasa fikirkan apa ilmu yang telah kita dapat, maka marah kita tu berlapik. Jika membenci seseorang, fikirkan kebaikannya maka dendam kita berpada. Jika nak memuja seseorang, fikirkan juga mereka sama macam kita yang tidak maksum, maka pemujaan itu berbatas. 


Prof itu pun manusia yang buat silap. Kenang kebaikannya. 


Sekian into the scene. 


SAIFUL NANG 

Bekas Pensyarah RMIT / LKWU


Notakaki : Orang yang berjuang mesti akan lakukan kesilapan dan terluka. Cara terbaik untuk mengurangkan kesilapan ialah TIDUR sahaja. Salahnya cuma 1 sahaja iaitu "banyak tidur".

Sumber : FB Tuan Saiful Nang

No comments:

Powered by Blogger.