Header Ads

Peniaga warga asing di Pasar Selayang Iudah penguat kuasa DBKL sudah ditahan, kata polis

 


Polis menahan dua peniaga warga asing yang meludah dan melakukan prov0kasi terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pusat Bandar Utara, di sini, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan di kawasan kaki lima berhampiran sebuah bank.



"Pasukan penguat kuasa melihat dua individu sedang berniaga di kawasan larangan dan bertindak menyita barangan mereka.


"Namun keadaan menjadi kecoh apabila kedua-dua warga asing berkenaan enggan bekerjasama dan melakukan prov0kasi yang agresif dengan menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam gambar sehingga menyebabkan telefon bimbit jatuh dan rosak.


"Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat serta meIudah ke arah muka salah seorang penguat kuasa DBKL serta bertindak meng0yakkan baju sendiri dan menuuduh perbuatan itu dilakukan oleh pihak penguat kuasa bagi mengelak ditaangkap," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Heisham berkata, susulan kejadian itu, polis menahan pasangan warga asing berusia 34 dan 38 tahun yang terbabit dalam inslden berkenaan.


"Kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod kesalahan jnayah lampau. Warga asing itu kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula hari ini sehingga 22 April bagi membantu siasatan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Sesyen 353 Kanun Kesekksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Sesyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.