Anak gadis dalam dilema, ibu reject bakal menantu nak beli myvi, katanya kereta budak sekolah, tak ada kelas, tak jaga imej

encik gotenks
0

 




Penafian : Gambar hanya sekadar hiasan

Baru-baru ini viral satu status di laman sosial yang memaparkan seorang gadis yang terkilan mengenai sikap ibunya yang meletakkan syarat agar bakal suaminya membeli sebuah kereta sebelum mereka berkahwin.


"Jadi cerita dia macam ni. Saya dah berbincang dengan teman lelaki fasal ni. Okey la dia dah buat keputusan nak beli kereta sebelum kahwin.


"Dia nak beli Perodua Myvi. Lepas tu saya pun beritahu mak tentang hal itu. Tapi respons mak saya macam... dia kata Myvi ni kereta untuk student, tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi," luahnya.


Ujar wanita itu, dia berkecil hati dengan kata-kata ibunya yang memandang rendah terhadap kereta keluaran tempatan.


Jelasnya lagi, ibunya sebelum ini tidak meletakkan sebarang jenama, sebaliknya meminta bakal menantu membeli sebuah kereta sahaja sebelum mendirikan rumah tangga.


"Apabila mak saya cakap macam tu, saya terasa pula. Sebab dia kata kena ada kereta, lepas tu bila nak beli kereta, tak kena pula dengan tekak (kehendak) dia.


"Yang nak kahwin tu saya, bukan mak. Jadi kereta apa pun saya saya okey saja. Cuma mak saya ada cakap kat saya suruh ikut cakap dia, kalau tak... menyesal.


"Ayat tu buat saya rasa macam betul ke menyesal sebab pakai Myvi je ke?" ujarnya lagi.


Tambah wanita itu, dia membuat perkongsian kisahnya kerana mahu bertanyakan pendapat orang ramai.




"Jadi saya nak minta pendapat la, kalau (sikap) mak macam ni nak buat macam mana eh?


"Nak pujuk supaya terima seadanya kereta apa dia (bakal suami) nak beli atau biar tak payah pujuk?" soalnya lagi.


Luahan wanita itu dikongsi menerusi laman Twitter @twtmalaywedding dan sehingga kini menerima hampir 700 ulang kicau (Retweet).


Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak setuju atas sikap ibu kepada wanita itu.


Dalam masa sama, beberapa pengguna Myvi yang sudah berumah tangga turut berkongsi kisah kebanggaan mereka memiliki kereta keluaran nasional.


Sumber : mStar Online



Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top