Header Ads

Siti Bainun paksa Bella makan 80 cili seminggu

 


Remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu.


Mahkamah juga mendengar keterangan bahawa remaja itu tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap Siti Bainun.


Menurut keterangan saksi pendakwaan kelima yang juga penghuni rumah kebajikan itu, Yasmin Nahar Mahmood, Bella juga dimaarah dan diuguut diberi air panas jika tidak mendengar cakap, selain ditndang di perut jika menjeriit kuat ketika diberi suntikan picagari.


Menceritakan lanjut kejadian itu, saksi berkata, beliau atau seorang lagi penghuni rumah terbabit dikenali sebagai Aida mengira jumlah cili padi berkenaan.



Yasmin menjawab soalan balas peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf bersetuju bahawa cili padi itu diberi kepada Bella beberapa kali seminggu.


Farhan bertanyakan sama ada Siti Bainun mengeluarkan arahan untuk mengira jumlah cili itu secara spesifik dan Yasmin Nahar menjawab 'ya'.


Peguam itu mempersoalkan adakah mangsa tidak mengalami sakiit perut akibat memakan 80 cili jika diikutkan perkiraan maangsa diberi makan empat kali seminggu.


"Katakan Bella didera empat bulan, kiranya 1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella," soal peguam itu.


Semalam, dalam keterangannya Yasmin berkata, Siti Bainun mendeera remaja itu setiap hari selama hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.


Ditanya sama ada mulut Bella menunjukkan tanda meIecet dan kemerah-merahan akibat makan cili padi itu, Yasmin berkata, terdapat kesan merah dan cili padi itu dibuang maangsa.


Mengenai isu Bella tidak dibenarkan minum air, saksi berkata, remaja itu curi-curi minum dan beliau pun memberikan Bella minum secara curi-curi.



"Siti Bainun juga arahkan saya pegang bahu Bella ketika berdiri dan menyuruh remaja itu untuk melutut dan diuguut bagi air panas.


"Bella juga ada diheentak kepala di dinding, diejeek dan diperb0dohkan," katanya.


Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan Bella mengalami kecedeeraan fizikal serta emosi.


Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.


Pertuduhan mengikut Sesyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum pnjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.